Friday, November 6, 2009

Berita mengembirakan dan diharapkan segenap lapisan Rakyat.

Dasar Tempoh Hayat Kenderaan ditarik balik

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI pada 28 Oktober lalu, mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas.

Petikan daripada Bernama.

Sesungguhnya kerajaan telah dapat membuat keputusan yang bijak dan mendengar keluhan rakyat, maka slogan " Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar slogan ia telah dibuktikan dengan tindakan.

Sekian salam 1 Malaysia.

Friday, October 23, 2009

Tiada Bonus untuk Kakitangan Awam

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Satu Malaysia.

Bersua kita sekali lagi, kali ini saya ingin mengajak saudara dan saudari membincangkan sebahagian pembentangan Bajet 2010 yang telah diumumkan sebentar tadi di Dewan Rakyat.Pada ruangan ini saya hanya ingin menyentuh sedikit sahaja apa yang dibentangkan mungkin hanya secebis daripada mungkin segunung( bagi saya ) imbuhan yang telah diumumkan untuk kesejahteraan Rakyatnya sesuai dengan slogan " Rakyat di dahulukan Pencapaian Diutamakan ".

Diantara yang cukup menarik ialah berkenaan dengan imbuhan RM500 yang telah diumumkan oleh YB. Perdana Menteri untuk kakitangan gred 41-54. Dengan pengumuman tersebut diharap dapat memuaskan hati kakitangan di gred tersebut.Kerana sebelum ini mereka mengeluh dan ada sebilangan golongan ini menuduh kerajaan tidak berlaku adil dalam memberikan imbuhan, kerana sebelum ini kakitangan kumpulan sokongan telah menerima imbuhan tersebut mereka sebaliknya.Ternyata keluhan mereka di dengar oleh kerajaan.

Selain daripada itu, kerajaan juga telah mengumumkan satu lagi insentif kepada kakitangan awam, iaitu kemudahan pinjaman komputer yang pada dulunya hanya dibenarkan setiap 5 tahun sekali kini 3 tahun sekali kakitanga awam boleh membuat pinjaman untuk pembelian semula.

Untuk itu apa lagi yang tidak kena dengan kerajaan yang ada sekarang ? apakah anda masih belum puas dengan apa yang telah diberi ? atau masih lagi tidak mampu menilai antara kaca dan permata . fikir- fikir kan lah.


Wednesday, October 21, 2009

Kenang Budi Dan Jasa Pemimpin

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia.

Pada ruangan ini saya ingin mengajak saudara dan saudari melayari laman ini dan apa jua isu yang ingin dibincangkan adalah di alu-alukan.

Sebagai permulaan saya ingin saudara dan saudari menghayati ucapan Datuk Ishak Bin Ismail , dalam persidangan Umno baru-baru ini, walaupun sebahagian dari ucapan beliau penuh dengan gurauan tetapi penuh dengan makna yang tersirat . Banyak perkara yang disentuh dan perkara yang paling pokok adalah tentang jasa yang telah ditabur oleh Umno Khasnya dan Barisan Nasional amnya.

Pada masa ini sebilangan pelajar yang belajar di IPTA / IPTS sering lupa tentang jasa yang telah ditabur oleh kerajaan. Seolah mereka lupa siapakah yang telah membiayai segala perbelanjaan mereka ? dan yang lebih penting apakah akan ada pusat pengajian tinggi ini kalau bukan disebabkan oleh kerajaan yang ada sekarang.

Memang benar, siapa saja yang menjadi kerajaan akan berbuat sedemikian rupa. Tetapi apakah kita ingin mengorbankan masa depan anak cucu kita kepada suatu yang belum pasti. ? Keselesaan yang kita nikmati adakah sanggup kita korbankan?. Fikir-fikirkan lah wahai saudar dan saudari.

Keadaan Politik pada hari ini semakin membimbangkan. Semakin hari kita diajar Cara untuk biadap, semakin hari seolah lupa adat ketimuran yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan. untuk mencapai sesuatu sanggup berbuat apa saja, dan yang paling malang menggunakan Nama Islam untuk mencapai tujuan dan sanggup mengkafirkan orang sekiranya tidak sehaluan.

Jangan pula nanti kita akan menyesal dikemudian hari disebabkan perbuatan kita anak cucu kita menjadi mangsa. Bak kata pepatah melayu " Sudah terhantuk baru mengadah ".

Sekian kita jumpa lagi dilain bicara akhir kata Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia.